UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu merupakan parti politik yang telah diasaskan pada tahun 1946 ketika negara hangat menuntut kemerdekaan daripada British. UMNO Lembah Pantai merupakan satu daripada 191 UMNO Bahagian seluruh Malaysia dan berada di bawah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Dalam pembentukan Kerajaan pada tahun 2022, UMNO dan Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk bersama membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan di peringkat Nasional. Justeru kerjasama politik ini turut dicerminkan di peringkat akar umbi Lembah Pantai dimana kerjasama politik antara UMNO, Barisan Nasinal, Parti Amanah dan Parti Keadilan Rakyat telah dijalinkan.
- Tentang UMNO Lembah Pantai
Menyerap nilai tujuan penubuhan UMNO di dalam setiap ahli mengikut realiti politik semasa.
VISI UMNO LEMBAH PANTAI
Ideologi
Mendalami pengisian perjuangan melalui program ilmu yang menggariskan Fasal Penubuhan UMNO termasuk memahami Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Sejarah perjuangan UMNO.
Islam
Bagi melengkapkan pengisian UMNO Bahagian juga akan menganjurkan kelas Fardhu Ain bagi menguatkan jatidiri ahli. Perjuangan UMNO itu tidak boleh berlandaskan sokongan kepada individu tetapi berteraskan keperecayaan kepada ideologi perjuangan UMNO.
Institusi
Memperkasakan UMNO Cawangan dengan melaksanakan perjumpaan dengan kesemua 57 Cawangan bagi memahami keadaan semasa.
Inklusif
Walaupun bahang pemilihan masih terasa, ahli UMNO Lembah Pantai perlu matang dań meraikan proses demokrasi yang sudah muktamad. UMNO tidak lagi mambu untuk berpecah dań berkabilah.
Istiqamah
Di dalam realiti baru dimana UMNO bukan lagi parti dominan, ahli parti perlu Istiqamah dałam perjuangan karana di dałam keadaan yang sukar.
Integriti
Perlu jujur dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Innovatif
Perubahan kepada Program yang mempunyai pulangan tinggi, dipandu oleh data dan berteraskan Low Cost high impact. Pentadbiran Pejabat Bahagian juga akan di digitilisasikan untuk memudahkan urusan ahli.
KEPIMPINAN UMNO LEMBAH PANTAI
DATUK HAJI MOHAMAD BIN ABDULLAH
TIMBALAN KETUA
YM TENGKU DATUK HAJI ZUHRI BIN TENGKU ABDUL AZIZ
KETUA
HAJI MOHD HELMI BIN ALI
NAIB KETUA
AKTIVITI UMNO LEMBAH PANTAI
Program Teraweh / Witir bersama DKB di Surau AlHijrah Vista Angkasa
7 Ramadan 1445H Dikongsikan kenangan-kenangan UBLP untuk tatapan kita bersama. YM Tengku Datu...
Program Teraweh Dan Witir Bersama DKB
4 Ramadan 1445H Dikongsikan kenangan-kenangan UBLP malam tadi untuk tatapan kita bersama. YM ...
2024 Mar 15Hari Apresiasi Kanak-kanak Tabika KEMAS Zon 2 & 3 Parlimen Lembah Pantai
YBhg Datuk Hj Mohamad bin Abdullah, Timbalan Ketua UMNO Bhgn Lembah Pantai mewakili YM Tengku Datuk ...
Eco-Park, Pantai Dalam 2024 Jan 30MUAT TURUN
Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli
UMNO mengalu–alukan permohonan Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menjadi ahli UMNO
1. Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.
2. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir–butir yang diperlukan di dalam perenggan A dan B.
3. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan .
4. Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 2.00 sebagai yuran seumur hidup.
5. Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.
Peringatan :
1. Borang permohonan ini hendaklah membuat fotokopi dan disimpan oleh pemohon baru.
2. Cawangan atau Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Pejabat UMNO Bahagian.
3. Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.
4. Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam tempoh satu bulan, pemohon bolehlah melapor kepada MAJLIS TERTINGGI dengan mengemukakan bersama salinan borang permohonan.
5. MAJLIS TERTINGGI berhak membuat apa – apa keputusan atas mana–mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu dan keputusan itu adalah muktamad.
Panduan Borang Permohonan Pertukaran Cawangan / Bahagian
1. Pemohon hendaklah mengisi Borang dengan lengkap butir – butir yang diperlukan termasuk di perenggan A dan B.
2. Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan.
3. Permohonan ini hendaklah melalui cawangan sekarang (lama) dan cawangan yang ingin dimasuki.
4. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.
5. Bagi Pertukaran Cawangan dalam Bahagian yang sama, borang mesti sampai ke PEJABAT UMNO BAHAGIAN pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.
6. Bagi Pertukaran Cawangan ke Bahagian UMNO lain, borang mesti sampai ke IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.
7. Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.
Panduan Borang Pindaan Nama/Alamat Cawangan
1. Pihak Bahagian perlu mengemukakan surat permohonan pindaan nama/alamat kepada Ibu Pejabat UMNO bersama Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Cawangan tersebut.
2. Setiap satu permohonan pindaan perlu disertakan wang RM10 tunai kepada Ibu Pejabat untuk dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
3. Borang pindaan (Pertubuhan 10A – Pin. 1/08) akan diisi dan diuruskan oleh Ibu Pejabat UMNO di mana ianya memerlukan tandatangan Setiausaha Agung dan salah seorang Naib Presiden UMNO.
4. Tempoh kelulusan pindaan nama/alamat adalah bergantung kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
SUAPAN BERITA
ARTIKEL
MEDIA SOSIAL
UMNO-BN-Lembah Pantai
UMNO & BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI
© Copyright 2024