Visi & Misi UMNO Lembah Pantai

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO
(United Malays National Organisation).

TENTANG UMNO Lembah Pantai

UMNO Lembah Pantai mempunyai 57 Cawangan dengan 12,529 ahli yang berdaftar. Sebagai parti politik yang berada di dalam kawasan bandar, pada penggal ini kepimpinan UMNO Lembah Pantai telah memutuskan untuk mengambil pendekatan yang amat berbeza dengan kaedah politik sebelum ini yang jelas tidak berhasil. Perkara ini dimestikan melihat keputusan siri Pilihanraya Umum sebelum ini yang menyaksikan kekalahan empat kali bermula pada tahun 2008 sehinga tahun 2022. Majoriti kekalahan juga meningkat saban tahun. Realitinya ialah sebelum ini Lembah Pantai merupakan kubu kuat UMNO Barisan Nasional yang menyaksikan kemenangan calon kita sejak penubuhan kawasan Parlimen Lembah Pantai pada tahun 1986.

Pada bulan Jun 2023 kepimipinan tertinggi UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan pemukiman dengan tujuan untuk memastikan kita tidak mengulangi kekurangan dan kesilapan yang lepas. Sebelum pemukiman ini dilaksanakan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan kaji selidik yang telah diberikan kepada semua ahli-ahli melalui cawangan masing-masing.

image-312

Perincian dapatan menunjukkan beberapa perkara penting yang perlu dilaksanaklan termasuk rombakan semula beberapa Jabatan Pilihanraya, Pengurangan program fizikal yang memberi kesan kepada pengundi peningkatan program yang berbentuk Online termasuk media sosial, FB/IG, Forum Online dan lain-lain. Kaji selidik ini juga menunjukkan bahawa majoriti besar (88%) daripada responden telah meletakkan media sosial termasuk laman web sebagai faktor penting untuk jenama parti. Namun yang demikian dalam maklumbalas yang sama hanya 9% daripada responden merasakan jenama UMNO Lembah Pantai berada di dalam keadaan yang baik. Jurang perbezaan ini telah mendorong keputusan untuk pimpinan Bahagian Lembah Pantai melancarkan website ini dan menjenama semula akaun media sosial UMNO Bahagian. Di samping itu, sebahagian besar responden juga mencadangkan agar Pentadbiran Pejabat Bahrain diubah untuk lebih sesuai dengan keadaan dan kehendak zaman digitalisasi ini.

image-Home02-XEALHZV.jpg

VISI UMNO Lembah Pantai

Melihat kepada Fasal di atas, Visi UMNO Lembah Pantai pada penggal ini ialah untuk menyerap nilai tujuan penubuhan UMNO di dalam setiap ahli mengikut realiti politik semasa. Walaupun kita di dałam Kerajaan Perpaduan, peranan kita terhad sebagai pelengkap kepada kepimipinan di dałam Parlimen Lembah Pantai. Justeru di Dalam apa senario sekalipun halatuju utama kita dałam fasa pertama untuk penggal ini ialah memperkasakan cawangan dan ahli UMNO dengan mengikut teras 7i iaitu:

  • Ideologi iaitu mendalami pengisian perjuangan melalui program ilmu yang menggariskan Fasal Penubuhan UMNO termasuk memahami Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Sejarah perjuangan UMNO.
  • Islam – Bagi melengkapkan pengisian UMNO Bahagian juga akan menganjurkan kelas Fardhu Ain bagi menguatkan jatidiri ahli. Perjuangan UMNO itu tidak boleh berlandaskan sokongan kepada individu tetapi berteraskan keperecayaan kepada ideologi perjuangan UMNO.
  • Institusi – Memperkasakan UMNO Cawangan dengan melaksanakan perjumpaan dengan kesemua 57 Cawangan bagi memahami keadaan semasa
  • Inklusif – Walaupun bahang pemilihan masih terasa, ahli UMNO Lembah Pantai perlu matang dań meraikan proses demokrasi yang sudah muktamad. UMNO tidak lagi mambu untuk berpecah dań berkabilah.
  • Istiqamah – Di dalam realiti baru dimana UMNO bukan lagi parti dominan, ahli parti perlu Istiqamah dałam perjuangan karana di dałam keadaan yang sukar
  • Integriti – Perlu jujur dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab
  • Innovatif – Perubahan kepada Program yang mempunyai pulangan tinggi, dipandu oleh data dan berteraskan Low Cost high impact. Pentadbiran Pejabat Bahagian juga akan di digitilisasikan untuk memudahkan urusan ahli.

MISI UMNO Lembah Pantai

Pemukiman UMNO Lembah Pantai telah memutuskan bahawa UMNO Lembah Pantai akan melaksanakan perubahan di dalam dua fasa. Fasa Pertama akan lebih tertumpu kepada pemerkasaan UMNO Lembah Pantai dengan pelaksanaan program yang bertujuan untuk menguatkan ukhwah ahli-ahli. Beberapa Program telah dilaksanakan termasuk:

– Apa Khabar Orang UMNO – Sebuah program jelajah kepimpinan UMNO Bahagian ke setia PDM dan Cawangan di dalam Lembah Pantai untuk mendengar sendiri pandangan dan isi hati ahli UMNO.

– Program ilmiah – Usrah dilaksanakan dua kali sebulan di Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai untuk memberi peluang kepada ahli mempelajari ilmu fardhu ain disamping memberi ruang untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan agama Islam.

– Kebajikan Ahli – UMNO Lembah Pantai tetap berusaha untuk meringankan beban kepada ahli yang memerlukan melalui program Ziarah Kasih dan Sumbangan Kebajikan. Segala isu kebajikan dilaksanakan oleh Biro Kebajikan dan dibantu oleh Pentadbiran UMNO Bahagian.

– Program Peringkat Cawangan – Walaupun pelaksanaan program parti bukan lagi menjadi teras utama UMNO Bahagian Lembah Pantai pada penggal ini, namun UMNO Bahagian tetap memberi sumbangan mengikut kemampuan kepada program yang bersesuaian.

Dalam Fasa Kedua setelah proses pemerkasaan ahli UMNO dilaksanakan pada tahap memuaskan, UMNO Lembah Pantai akan mula mendekati NGO termasuklah Masjid, Surau, Sekolah, Persatuan Penduduk dan lain-lain badan berkepentingan.