Mungkin mengelirukan ahli tentang pengisian perjuangan kita tetapi rakyat sentiasa memerhati dań menilai. Justeru, kita perlu kembali ke landasan perjuangan yang termaktub di dalam Fasal 3, Asas dan Tujuan UMNO: UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.
Evolusi kuasa dan pakatan politik mutakhir ini
- Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
- Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela Kepentingan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Pri
- Membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.
- Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli khasnya serta rakyat Malaysia amnya.
- Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
- Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan prinsip-prinsip hak Asasi Manusia dan Hak Keistimewaan Orang- Orang Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli.
© Copyright 2024