MUAT TURUN

Membolehkan anda untuk muat turun pelbagai informasi berkaitain UMNO Lembah Pantai.

Muat turun

Perlembagaan UMNO 2023

02 Jan, 2024
Muat turun

Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli

UMNO mengalu–alukan permohonan Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menjadi ahli UMNO

1. Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.
2. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir–butir yang diperlukan di dalam perenggan A dan B.
3. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan .
4. Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 2.00 sebagai yuran seumur hidup.
5. Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.

Peringatan :
1. Borang permohonan ini hendaklah membuat fotokopi dan disimpan oleh pemohon baru.
2. Cawangan atau Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Pejabat UMNO Bahagian.
3. Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.
4. Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam tempoh satu bulan, pemohon bolehlah melapor kepada MAJLIS TERTINGGI dengan mengemukakan bersama salinan borang permohonan.
5. MAJLIS TERTINGGI berhak membuat apa – apa keputusan atas mana–mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu dan keputusan itu adalah muktamad.

02 Jan, 2024
Muat turun

Panduan Borang Permohonan Pertukaran Cawangan / Bahagian

1. Pemohon hendaklah mengisi Borang dengan lengkap butir – butir yang diperlukan termasuk di perenggan A dan B.

2. Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan.

3. Permohonan ini hendaklah melalui cawangan sekarang (lama) dan cawangan yang ingin dimasuki.

4. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.

5. Bagi Pertukaran Cawangan dalam Bahagian yang sama, borang mesti sampai ke PEJABAT UMNO BAHAGIAN pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.

6. Bagi Pertukaran Cawangan ke Bahagian UMNO lain, borang mesti sampai ke IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.

7. Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.

02 Jan, 2024
Muat turun

Panduan Borang Pindaan Nama/Alamat Cawangan

1. Pihak Bahagian perlu mengemukakan surat permohonan pindaan nama/alamat kepada Ibu Pejabat UMNO bersama Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Cawangan tersebut.

2. Setiap satu permohonan pindaan perlu disertakan wang RM10 tunai kepada Ibu Pejabat untuk dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

3. Borang pindaan (Pertubuhan 10A – Pin. 1/08) akan diisi dan diuruskan oleh Ibu Pejabat UMNO di mana ianya memerlukan tandatangan Setiausaha Agung dan salah seorang Naib Presiden UMNO.

4. Tempoh kelulusan pindaan nama/alamat adalah bergantung kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

02 Jan, 2024
Muat turun