#terusberkhidmat, #LpKitaPunya, #TZLPTV

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Aidilfitri Peringkat Parlimen Masjid Tanah

MASJID TANAH 14 Mac–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Aidilfitri Peringkat Parlimen Masjid Tanah Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah hari ini.
Turut hadir mantan Ketua Menteri Melaka ke-12 Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Hajah Kalsom Noordin, Datuk Hj. Hameed Basheer, Datuk Zulkiflee Datuk Seri Hj. Mohd Zin, ADUN Kuala Linggi Tuan Rosli Abdullah dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka Puan Halyjah Muhamad.
Pada tahun ini Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan sejumlah RM400,000 bagi sumbangan bantuan perayaan Aidilfitri kepada 2,000 penerima mewakili enam kawasan Parlimen di Melaka.