Prinsip UMNO Lembah Pantai

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.

Evolusi kuasa dan pakatan politik mutakhir ini

Mungkin mengelirukan ahli tentang pengisian perjuangan kita tetapi rakyat sentiasa memerhati dań menilai. Justeru, kita perlu kembali ke landasan perjuangan yang termaktub di dalam Fasal 3, Asas dan Tujuan UMNO: UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.

img-12-(3)
img-12-(1)
img-12-(2)
  • Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam 
Perlembagaan Persekutuan.
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
  • Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela Kepentingan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Pri
  • Membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.
  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli khasnya serta rakyat Malaysia amnya.
  • Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan prinsip-prinsip hak Asasi Manusia dan Hak Keistimewaan Orang- Orang Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli.