UMNO Lembah Pantai mempunyai 57 Cawangan dengan 12,529 ahli yang berdaftar. Sebagai parti politik yang berada di dalam kawasan bandar, pada penggal ini kepimpinan UMNO Lembah Pantai telah memutuskan untuk mengambil pendekatan yang amat berbeza dengan kaedah politik sebelum ini yang jelas tidak berhasil. Perkara ini dimestikan melihat keputusan siri Pilihanraya Umum sebelum ini yang menyaksikan kekalahan empat kali bermula pada tahun 2008 sehinga tahun 2022. Majoriti kekalahan juga meningkat saban tahun. Realitinya ialah sebelum ini Lembah Pantai merupakan kubu kuat UMNO Barisan Nasional yang menyaksikan kemenangan calon kita sejak penubuhan kawasan Parlimen Lembah Pantai pada tahun 1986.
Pada bulan Jun 2023 kepimipinan tertinggi UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan pemukiman dengan tujuan untuk memastikan kita tidak mengulangi kekurangan dan kesilapan yang lepas. Sebelum pemukiman ini dilaksanakan UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan kaji selidik yang telah diberikan kepada semua ahli-ahli melalui cawangan masing-masing.