#terusberkhidmat, #LpKitaPunya, #TZLPTV

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

6 Teras Maju Johor Jadi Komitmen BN Bina Masa Depan Gemilang – Yusla 

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) N.24 Senggarang, Yusla Ismail menegaskan komitmen gabungan itu untuk terus membawa Johor melangkah ke hadapan menerusi pelaksanaan enam Teras Maju Johor yang menjadi tunjang pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, enam teras berkenaan dirangka bagi memastikan pembangunan Johor dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek pentadbiran, ekonomi, kebajikan serta keperluan rakyat.

Katanya, antara fokus utama yang akan terus diperkasakan ialah tadbir urus kerajaan yang cekap, pembangunan ekonomi yang mampan, jaringan keselamatan sosial, penyediaan kemudahan dan keperluan asas, keselamatan serta kebersihan dan kelestarian alam sekitar, selain agenda memperkasa golongan muda Johor.

“Barisan Nasional Johor komited membawa negeri ini terus maju dengan pelan tindakan yang jelas melalui 6 Teras Maju Johor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

“Bersama kita membina Johor yang lebih maju, stabil dan sejahtera untuk semua,” katanya.

Sehubungan itu, Yusla menyeru pengundi di N.24 Senggarang agar memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat diteruskan.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian dan memberikan undi kepada calon BN nombor tiga di Senggarang demi kesinambungan kemajuan Johor.- UMNO Online