KUALA LUMPUR, 23 Sept — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Maizatul Akmam dan seluruh keluarga berikutan pemergian ayahandanya, Allahyarham Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan, yang merupakan mantan Mufti Negeri Sabah.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menerusi ucapan takziahnya berkata, pemergian seorang bapa merupakan satu kehilangan besar buat sesebuah keluarga.

Beliau turut mendoakan agar Datuk Maizatul Akmam, yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas II di Pejabat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), serta seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat sukar berkenaan.
“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan Allahyarham, mengampuni segala dosanya serta menempatkan rohnya bersama golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang itu. – UMNO Online