July, 01, 2026
CANBERRA 1 Julai–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah di Malaysia House hari ini.
Majlis ini turut menghimpunkan delegasi Malaysia yang menyertai lawatan kerja ke Australia, antaranya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul, Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, selain pegawai-pegawai kanan ATM dan wakil industri pertahanan.
