#terusberkhidmat, #LpKitaPunya, #TZLPTV

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

UMNO Sahkan Kerjasama Politik Dengan Pas Hadapi PRN Melaka

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri  Melaka ke-16.

“Mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti membantu sepenuh hati dan memberikan sokongan padu kepada semua calon-calon PN yang bakal bertanding di Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam PRN Melaka kali ini.

“Bersetuju untuk BN dan PN melancarkan Manifesto Pilihan Raya bersama bagi menawarkan khidmat yang terbaik kepada rakyat bagi meneruskan kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh kerajaan negeri Melaka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di sini, malam ini.

Dr Asyraf juga menyeru pimpinan dan jentera parti mengamalkan kempen pilihan raya secara berhemah.

“Menyeru agar pimpinan dan jentera parti sentiasa mengamalkan kempen pilihan raya secara berhemah dan berakhlak tanpa perlu terjebak dengan sebarang perbuatan memfitnah, mengeji ataupun memaki-hamun parti lawan,” ujarnya. – UMNO Online